Apa itu High Fructose Corn Syrup (HFCS) ?

HFCS adalah gabungan fructose dan glucose, tetapi semasa HFCS diproses, fructose diasingkan, dan apabila kita makan makanan yang ada fructose dari corn syrup ini, ia terus masuk ke hati kita dan jadi terpendam menjadi lemak. Sebab itu secara ringkasnya, kalau kita sering makan junk food, senanglah berat badan bertambah. Pemprosesan bahan asalnya iaitu jagung untuk menghasilkan HFCS ini juga melibatkan pelbagai bahan kimia lain termasuklah merkuri. Dan di sinilah bermula masalah kesihatan ramai orang.

 

Imej : Google
 

Dalam satu artikel yang saya baca, penulis kata, tak payah fikir panjang kalau nampak makanan tu ada bahan corn syrup atau high fructose corn syrup. Anggap saja makanan itu sampah, terus boleh dibuang.

Namun begitu, ada lagi yang kita kena tahu tentang HFCS. Untuk beri imej lebih baik kepada bahan bernama high fructose corn syrup, pengeluar makanan letak pulak nama- nama samaran. Tindakan ini walaupun tidak beretika, dan menipu, pengeluar makanan tahu mereka tidak boleh disabitkan kesalahan kerana ianya di dalam kategori “generally recognized as safe”. Jadi apakah nama lain untuk high HFCS?

Antaranya ialah :
 
1. Maize syrup
 
2. Glucose syrup
 
3. Glucose/fructose syrup
 
4. Tapioca syrup
 
5. Fruit fructose
 
6. Crystalline fructose
 
7. Fructose
 

Walaupun asal usul fructose ni mungkin daripada tapioca, atau buah, kita kena tahu juga macam mana cara ia diproses dan bahan lain yang digunakan semasa ianya diproses.Bahan akhir itu yang akan masuk perut kita dan jadi darah daging dan boleh bawa risiko kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *